Kelakar

10 01 2010

Hahahahahahahahaha =D

Lucu sangat-sangat hari ini. Macam mana boleh lupa. Pagi tadi punya la confident, bangun pagi-pagi, mandi, solat, bersiap mekap cantik-cantik (tak la sampai tabarruj, sapu bedak ngan pakai lip gloss jer), busana hari ni punyala mengancam (mengalahkan Ariel) jubah biru turqoise dipadankan dengan tudung baru lagi. Sampai lab awal dalam pukul 7.18 pagi, tup..tup..tup..tengok roster, saya kerja malam hari nie. hahahahaha…..kesal tak berkesudahan.  Tak pe la, at least boleh la study hari nie. Lepak kat bilik kak Am, so boleh kuar lambat. Sempat jugak selesaikan banyak perkara, reshuffle jadual untuk bulan ni, mana yang bertindan dengan tutorial, tukar la dengan kawan, itu pun jenuh merayu-rayu pada kawan-kawan, semua tak free 23 haribulan, akhirnya Jennifer la penyelamat saya.

Alhamdulillah, semalam saya berjaya menghabiskan satu chapter untuk subjek Principle of Management. Ok la, ada yang boleh adsorbed terus dalam kepala otak, ada yang just bace sepintas lalu. Semangat! tapi tak tahu la kalau dah lama-lama nanti. Semoga terus konsisten, sebab belajar pjj macam nie nak kena pandai managed, kalau tak banyak akan tertinggal. Dalam hujung minggu nie kemungkinan besar dah dapat assignment. Tak pe, syukur. Saya dah dapat bayangkan untuk 4 tahun ni, hidup saya adalah kerja->Study->tutorial->assignment->halaqah. Inilah yang berulang-ulang. Semoga apa yang akan dilakukan nanti tidak lari dari tujuan asal  manusia diciptakan oleh Allah s.w.t (Adz- Zariyat : 56). Hidup mesti seimbang. Lagi satu nak kongsi, saya suka stail study macam nie. Lebih banyak belajar sendiri, tak faham boleh discuss dalam myLMS, tak ada kelas langsung hanya tutorial. Bila kaji semula masa study diploma dulu pun saya macam ni. Bagi saya kelas untuk saya tak banyak membantu (memangla tak membantu, masuk kelas tidur…tapi saya dengar apa pensyarah cakap), tapi bila balik saya akan study dan discuss dengan kawan-kawan atau jumpa tutor. So tak jauh beza dengan stail ODL ni. Cuma satu, tak boleh main-main, kena fokus, kena rajin, sebab banyak buku nak kena baca, buku belajar, buku halaqah….(wawawawa buku Ushul fiqh yang kak nabila bagi pinjam tak study lagi) tak boleh jadi. Ok la nak study.

p/s-> nak tido dulu…bangun pastu nak kena study English for Oral Comunication. Masa panjang lagi, masuk kerja jam lapan malam. 7.55 mlm pun sempat lagi.





Welcoming New Life

8 01 2010

Welcoming new life. Ayat penyata seperti orang baru jadi pengantin pulak. Sebenarnya saya baru selesai mendafatar sebagai pelajar separuh masa di OUM. Alhamdulillah, selesai segalanya. Pagi tadi sebelum keluar dari rumah jantung saya berdegup kencang dan saya rasa sangat berdebar-debar. Saya seperti takut apa-apa berlaku ke atas diri saya. Saya bertawakal kepada Allah supaya tiada apa yang buruk berlaku. Syukur sepanjang perjalanan pergi dan balik saya dilindungiNya. Tahun 2010 ini, saya telah mulakan dengan kehidupan baru yang pastinya lebih mencabar dan adventurous (dalam bahasa jawanya). Saya sebagai pekerja dan sebagai pelajar. Saya yakinkan diri, bahawa saya mesti berjaya kedua-duanya. Jika orang lain yang telah mempunyai keluarga boleh bekerja dan belajar dalam masa yang sama, pastinya saya yang masih single ini mesti boleh 2 kali ganda. Sebab saya masih tiada komitmen dengan keluarga. (syukur Allah masih tidak takdirkan saya berumahtangga lagi). Pagi tadi saya baru tersedar keupayaan diri. Pasti ada sebab Allah hanya rezekikan saya belajar di OUM tidak di UITM atau USM.

Saya antara yang terawal tiba pagi tadi. Saya orang yang ke-9.Cepat datang jadi cepat balik. Saya ingatkan sampai lewat petang, tapi sebelum 12.00pm saya dah sampai rumah. Segalanya berjalan dengan lancar. Kebanyakan yang datang belajar kat sini semuanya lebih dari 25 tahun. Saya mungkin di antara beberapa orang yang termuda, baru berusia 22 tahun. So sweet. InsyaAllah saya akan habis belajar 4 tahun dari sekarang iaitu bulan disember 2013, ketika itu saya baru mencecah 26 tahun. Kira ok la……

Tadi saya dan pelajar baru yang lain diberi taklimat. Mostly tentang gambaran study di OUM. Bagi saya sistem belajar di sini lebih fleksibel. Tutorial hanya 5 kali sepanjang sem ini secara purata 2 minggu sekali. Kami sabagai pelajar perlu banyak berinteraksi secara online di portal untuk pelajar myLMS dan perlu pandai untuk managed study mengikut modul yang telah disediakan. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan penerangan tadi. Dalam ucapan dari Naib Presiden OUM, beliau mengatakan bahawa belajar di OUM adalah salah satu bentuk pelaburan untuk masa hadapan. Ada benarnya, tetapi bagi saya, saya menuntut ilmu ini kerana ingin mencapai keredhaanNya, kerana menuntut ilmu adalah fardhu Ain ke atas setiap muslim. Jika saya diberi kenaikan pangkat selepas memperoleh ijazah nanti, saya bersyukur. Saya belajar bukan sekadar untuk mendapatkan skrol semata-mata, tetapi saya berharap bertambah keimanan saya kepada Allah apabila saya dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya tidak ingin ilmu yang saya perolehi ini untuk sekadar menongkat dunia. Biarlah pelaburan ini hingga ke akhirat.

Registration Kit

Selepas ini saya perlu merancang kehidupan saya sebaiknya dan mengguna masa terluang untuk study. Saya perlu mnperuntukkan 360 jam masa belajar untuk 9 jam kredit bagi 3 subjek. Semoga dipermudahkan.

Masa tunggu untuk daftar tadi sempat juga berkenalan dengan beberapa orang pelajar lain. The first person yang tegur saya Hari, seorang indian girl yang sedang buat Master dan Pn.Jasmine seorang sale manager yang menjual barang hospital. Dia juga undergraduate seperti saya, tapi Pn.Jasmine ambil Physcology. Saya juga berkenalan dengan Kak Zuraidah. Dia seorang staff nurse di Princecourt Medical Centre, sambung Nursing la, apalagi. Tak lupa juga kak Nurul yang tinggal kat Banting, berkerja sebagai pembantu makmal sekolah di Banting. Kak Nurul nie buat Human resource. Harap dapat jumpa kak Nurul lagi, sebab kami satu learning centre di Shah Alam. Paling tak sangka, kawan sekelas saya masa diploma dulu pun sambung part time macam saya. course yang sama pulak tu. Beliau adalah Farikha Sarip. Ada juga kawan yang meneman. Semoga segala urusan dipermudahkan.

p/s: Final Exam will be held on 5-28 april. Saya kena bersedia.





Entri Tahun Baru

8 01 2010

Sebenarnya sudah agak terlambat untuk saya menulis entri tahun baru. Tapi tak pelaa…. Tahun baru maal hijrah 1431 dan tahun masihi 2010, akan banyak perubahan dalam hidup saya. Tadi saya baru sahaja selesai mengemas borang-borang dan fail untuk hari pendaftaran pelajar baru esok, 9/01/2010. Alhamdulillah Lily Rizana akhirnya diizin Allah untuk menyambung pengajian. Jadi bermula dari sekarang saya tidak boleh bermain-main, lepak kosong sambil berangan, window shopping sampai kena langgar dengan kereta, tidur lama-lama lepas balik night call, picit jerawat atau apa-apa sahaja yang membazirkan masa. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini banyak terleka. Saya mesti FOKUS!!! Sebab saya bakal menempuh keadaan yang sibuk. Saya perlu lebih tersusun mengatur masa saya untuk kerja, study part time, halaqah, dakwah, kawan-kawan, family dan untuk diri sendiri. Tahun 2010 saya mengharapkan kedudukan kewangan saya bertambah baik walaupun saya kini sebagai pelajar, yang tentunya menuntut pengorbanan dari segi kewangan yang sangat banyak.

2009

Mengimbas kembali tahun 2009, tidak banyak kejayaan yang berjaya dicapai. Iyela, sasaran kerja tahunan (SKT) pun cuma 84.2% sahaja tetapi sebenarnya dalam ketegori BAIK, untuk pekerja baru macam saya. Masa study dulu apa yang kita capai kita boleh nampak, sebagai contoh dapat pointer yang baik, tapi bila dah berkerja susah tahu kita ini berjaya atau tidak. Tapi bagi saya kejayaan yang sebenar adalah apabila seorang manusia itu dapat menjernihkan PEMIKIRAN dan meneguhkan KEIMANAN untukematuhi perintah Allah. Seseorang itu berjaya apabila meletakkan matlamat untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah dalam setiap perbuatan dan berusaha untuk meraih yang terbaik hanya kerana Allah. Antara target tahun 2009 yang telah berjaya saya capai adalah menyambung pengajian. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tetapi banyak sebenarnya yang saya tak berjaya capai antaranya menghabiskan 3 buah buku sebulan. Disebabkan kesibukan, saya hanya mampu membaca 1 buku sahaja dalam sebulan. Lain-lain target yang tak berjaya dicapai, tak perlulah saya kongsikan , biarlah menjadi rahsia diri saya.

Tahun 2009 sembilan telah kita tinggalkan. Yang pastinya setiap orang pasti mempunyai kenangan tersendiri. Tahun 2009 akan semakin jauh kita tinggalkan, semoga tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang diharap pencapaian kita semakin baik dan manjadi hamba Allah yang terbaik. Itulah azam saya. Secara ringkasnya pada tahun 2010 saya berazam akan cemerlang dalam pengajian saya untuk tahun pertama ini. Saya berazam kerjaya saya akan bertambah baik. Saya berazam tabungan saya semakin bertambah untuk saya mencapai sesuatu pada 2011. Saya berharap saya akan semakin stabil ekonomi dan emosi. Soal berumah-tangga bukan sesuatu yang perlu saya fikirkan ketika ini. Masih terlalu jauh. Saya perlu menggunakan semaksima mungkin kesempatan yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah serta mencapai ‘sesuatu’ pada tahun 2011 sementara saya masih bujangan ini.

Semoga Allah perkenankan….perjalanan masih panjang….saya berharap saya dapat mengutip banyak pengalaman yang dapat mematangkan diri disepanjang kembara ini. InsyaAllah.

p/s : sebenarnya banyak nak kongsi tapi, lily kena tidur, sebab kena bangun awal. 6.30pagi mesti dah gerak dari rumah.





Negara Islam Wajib Ada Industri Senjata

6 01 2010

Negara Islam Wajib Ada Industri Senjata

Islam sebagai sebuah deen (akidah dan cara hidup) yang sempurna telah mengajar umatnya bagaimana untuk mengatur hal-ehwal ketenteraan, bahkan tentera itu sendiri merupakan salah satu struktur Daulah Islam yang berada di bawah kepimpinan Amirul Jihad. Selain itu, Negara Islam juga memiliki satu lagi struktur yang dikenali sebagai Da’irah As-Sina’ah (Bahagian Perindustrian) iaitu suatu bahagian yang mengurusi semua masalah yang berhubungan dengan perindustrian, baik yang berhubungan dengan industri berat seperti industri mesin dan peralatan, pembuatan dan pemasangan alat transportasi (kapal terbang, kapal selam, kereta dan sebagainya), industri bahan mentah dan industri elektronik; mahupun yang berhubungan dengan industri ringan, baik industri itu berupa kilang-kilang yang menjadi milik umum ataupun kilang-kilang milik peribadi. Pelbagai jenis industri ini hendaklah dibangunkan atas asas politik peperangan. Ini kerana, jihad dan perang memerlukan pasukan (angkatan tentera), sementara pasukan, agar mampu berperang, mestilah memiliki persenjataan. Manakala persenjataan itu pula, bagi memenuhi keperluan pasukan hingga ke tahap optimum, tentunya harus ada industri persenjataan di dalam negara, khususnya industri perang. Ini kerana, hubungan kesemua itu adalah begitu erat dengan jihad. Justeru, bagi memastikan Negara Islam memiliki kawalan ke atas semua hal-ehwal peperangan dan militer serta tidak berada di bawah kawalan negara asing dalam masalah tersebut, Negara Islam mestilah mendirikan industri persenjataan sendiri dan hendaklah mampu mengembangkan persenjataannya sendiri.

Hanya dengan cara ini, Daulah Islam akan memiliki kendali atas dirinya sendiri demi mengukuhkan kekuatan dan kedudukannya. Daulah juga harus berusaha memiliki dan menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling kuat, tidak kiralah bagaimana bentuk dan rupanya. Dengan begitu, barulah Daulah mampu menggentarkan musuh-musuh Allah, baik musuh yang nyata mahupun musuh yang belum nyata. Demikianlah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT,

“Dan persiapkanlah oleh kalian untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan apa sahaja yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian dan orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya” [TMQ al-Anfal (8):60].

Menggentarkan musuh itu tentunya tidak akan terealisasi kecuali dengan adanya persiapan sementara persiapan itu memestikan adanya industri. Jadi ayat tersebut telah menunjukkan wajibnya mendirikan industri ketenteraan. Hal ini dapat dipahami menurut dalalah al-iltizam atau berdasarkan kaedah ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahua wajib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu wajib hukumnya). Demikian pula, dalil-dalil mengenai kewajiban jihad -melalui dalalah al-iltizam– menunjukkan wajibnya mendirikan industri. Dengan persiapan perang yang paling hebat dan paling mampu ini, barulah Daulah Islam dapat mengendalikan dan memenuhi keperluannya sendiri tanpa dipengaruhi atau bergantung kepada negara lain. Daulah bukan sahaja dapat mengeluarkan sendiri persenjataan yang diperlukan, malah dapat mengembangkan dan terus memperhebatkan semua bentuk persenjataan hingga mampu menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling hebat berbanding negara kufur.

Atas dasar memenuhi tuntutan ayat ini, maka wajib bagi negara untuk mendirikan industri persenjataan sendiri. Pemerintah tidak boleh (haram) untuk bergantung kepada persenjataan dari negara luar, sebab hal ini akan menjadikan negara-negara pengeksport senjata dapat menekan serta mengawal kehendak dan persenjataan negara, termasuk menentukan ‘kebolehan perang’ negara. Realiti yang kita saksikan di dunia saat ini menunjukkan bahawa negara-negara yang menjual persenjataan (seperti AS) kepada negara lain tidak akan menjual kesemua persenjataannya, khususnya persenjataan canggih. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali disertai dengan syarat-syarat tertentu, termasuk tatacara penggunaan senjata yang dijualnya. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali dalam jumlah yang sesuai menurut pandangannya, bukan menurut permintaan negara yang ingin membeli persenjataan tersebut. Inilah yang menjadikan negara pengeksport senjata sebagai pengendali dan penentu negara pembeli senjata. Hal-hal ini juga memungkinkan negara penjual senjata mengawal kehendak negara pembeli, apatah lagi ketika negara pembeli itu sedang berada dalam situasi perang, yang mana negara tersebut akan memerlukan tambahan persenjataan, alat ganti, peluru dan sebagainya.

Semuanya itu menjadikan ketergantungan negara pembeli terhadap negara penjual persenjataan semakin bertambah dan ketundukan negara tersebut pada kehendak negara penjual juga semakin besar. Hal inilah yang membuat posisi negara penjual semakin kuat sehingga dapat mengendalikan negara pembeli dan menekan serta mengawal kehendak negara pembeli. Sedangkan Allah SWT mengharamkan kita tunduk atau dikuasai oleh orang-orang kafir. FirmanNya,

“Dan Allah sekali-kali tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir menguasai orang-orang beriman” [TMQ an-Nisa’ (4):141].

Dengan tidak mempunyai industri persenjataan sendiri, negara pembeli (seperti Malaysia dan lain-lain negara umat Islam) telah tunduk dan  ‘menggadaikan’ dirinya sendiri, menggadai kehendaknya, peperangannya dan institusi negaranya kepada negara yang menjual persenjataan kepadanya. Ini semua berlaku kerana pemimpin negara telah memaksiati Allah dengan tidak menunaikan perintahNya seperti ayat di atas. Semua ini tidak berlaku di masa wujudnya negara Khilafah, di mana Khilafah adalah sebuah negara super power dengan persenjataan yang paling kuat dan paling canggih di dunia sehingga digeruni oleh kawan dan lawan. Ini kerana, para Khalifah menunaikan perintah Allah di dalam menyediakan pasukan untuk berjihad di jalan Allah, tidak seperti mana pemimpin sekular sekarang.

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan umat Islam mendirikan industri manjaniq dan dababah. Al-Baihaqi telah menyebutkan riwayat dari Abu Ubaidah ra yang berkata,

“Kemudian Rasulullah SAW mengepung penduduk Thaif dan menggempurnya dengan manjaniq selama 15 hari…”.

Abu Daud juga telah mengeluarkan hadis di dalam Al-Marasil dari Makhul,

“Rasulullah SAW pernah mengempur pendududuk Thaif menggunakan manjaniq”.

Diriwayatkan bahawa Salman adalah orang yang bertanggungjawab dalam industri manjaniq tersebut di mana beliau membuatnya dengan tangannya sendiri.

Berdasarkan ayat dan hadis di atas, wajib bagi Negara Islam membangun sendiri semua industri persenjataannya dan segala hal yang diperlukan termasuk alat ganti (spare part)nya. Hal itu tidak akan tercapai kecuali negara mewujudkan dan menjaga industri beratnya. Jika Daulah Khilafah berdiri dalam masa terdekat nanti, untuk langkah pertama, Khalifah harus membangun perindustrian berat, baik industri berat militer mahupun non-militer. Khilafah juga harus memiliki kilang-kilang untuk memproduksi persenjataan nuklear, pesawat pengintip, peluru-peluru berpandu, satelit-satelit, pesawat tempur, kereta kebal, artileri, kapal selam, kereta perisai, anti peluru dengan pelbagai jenisnya, serta pelbagai persenjataan lainnya baik senjata berat mahupun senjata ringan. Selain itu, Daulah Khilafah juga wajib memiliki industri yang berkaitan dengan kepemilikan umum dan industri-industri ringan yang mempunyai kaitan dengan industri ketenteraan. Semua itu merupakan bentuk-bentuk persiapan yang wajib dipenuhi oleh pemerintah kaum Muslimin dalam rangka memenuhi seruan Allah dan RasulNya demi menegakkan agama Allah di muka bumi.

p/s: Artikel di atas adalah sebahagian yang di petik dari laman web : www.mykhilafah.com





written by:NURULHUDA.

27 10 2009

hey hey!

my name is NurulHuda,

who I am?

I am Lily Rizana’s sister.

her youngest sister..

urm..today i would like to write about us.

my sister & I..

I think..we’re the best sisters in the world..I think so.

this is because…no reasons. HAHA.

acctually, we’re not so closed when we’re in childhood, yer la..kecik lagi time tuh, aku pun masa tu in boyish stail while my sis, she is so nice with girly manner..tapi, bila aku dah 15, dan dia 22..kami jadi saling memerlukan.. I need her, and so she is.

we share everything, about family, about love, school, work, and everything lar! in fact, we share problem…not much, but still.

okay guys!

that’s all for now.

p/s:: my sis, she’s too busy,and thats why I yang kirim this post.

p/s lagi:: i don’t know, she’s too busy, ni belum lagi belajar, tahun depan mesti lagi bersawang blog ni…erm…:D

 





Berhabuk…

4 10 2009

Assalamualaikum dunia….

Wah, cepat sungguh masa berlalu…puasa Ramadhan dah lepas, Eid’ul Fitri pun dah lepas. Sangat lama lily tak kirim sebarang post dalam blog yang kian berhabuk.  Hari raya ke-4 lily dah balik KL, kembali bertugas.

Lily rasa kena bermujahadah untuk menulis, supaya otak tidak beku dan kaku…. insyaAllah nantikan. =)





Bakal Mahasis-buk

20 08 2009

Alhamdulillah. Itu sahaja kata-kata yang dapat dilontarkan bila tahu keputusannya semalam. Lily dapat tawaran sambung belajar. Actually saya tak terfikir akan dapat. Febuari lalu saya ada menghantar permohonan melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di UITM dan Open University. Saya amat mengharapkan agar dapat sambung di UiTM sebab dekat dan kos yang murah. Tapi malangnya permohonan saya tidak berjaya sebab kurang pengalaman berkerja (syarat universiti sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman). Paling kecewa bila review balik syarat kemasukan tak mention pun tentang pengalaman, jadi sebab itu mintak. Bila tahu tak dapat tu sangat sedih, sebab letak harapan tinggi untuk sambung secepat mungkin. Bila check status kemasukan untuk Open U, mesti kata permohonan saya sedang diproses. Ermmmm…. selepas tu jadi malas nak harap apa-apa dan saya teruskan kehidupan seperti biasa. Sedih jugak waktu tu, larikan diri dari rumah sewa… hehehe…ikut perasaan la lily nie…tapi cepat-cepat remind kat diri sendiri supaya bersangka baik dengan Allah. tak semua yang kita nak akan dapat, pasti ada hikmahnya.

Open University Malaysia

Semalam (20 Ogos 2009) saya teringat untuk check status permohonan, alhamdulillah permohonan berjaya. Sebenarnya saya dah hantar application baru (course Bachelor of Psycology) sebab terasa macam permohonan bulan februari lepas tak dapat. Tapi bila dah dapat saya lupakan hasrat nak sambung dalam degree psikologi. Open U pun Open U la. Sebenarnya bagus jugak belajar kat sini. OUM dah dapat MQA dan akreditasi dari LAN serta silibus dan soalan peperikasaan yang di guna pakai menggabungkan silibus dan soalan dari 13 IPTA. Waktu belajar lebih fleksibel sebab ikut kesesuaian bagi orang yang berkerja macam saya. Cuma yuran agak mahal. Setahun saya kena sediakan lebih kurang RM 5000. Saya ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran dengan Kepujian (Bachelor of Occupational Safety and Enviromental Health Management with Honours). Tempoh 4 tahun insyaAllah kalau tiada apa-apa masalah. Kahwin? Nanti kot….. hehehe…Bukan apa, kalau dah sampai jodoh kahwinlah saya, study bukan penghalang, apa yang penting kerjasama…. bukan la… apa yang penting boleh balance antara kerjaya, rumahtangga dan pelajaran. InsyaAllah…

Mahasis-buk

Lily bakal mahasis-buk. Mungkin tapi itulah pengorbanan untuk ilmu. Doakan application untuk mendapatkan cuti tanpa rekod diluluskan PPUM. Tak sabar rasanya nak masuk kuliah semula. Saya dapat tawaran untuk kemasukan September akan datang, tapi saya mohon penangguhan ke Januari 2010, sebab nak manage jadual dan uruskan banyak perkara sebab tawaran ni datang tanpa saya duga. Tak prepared langsung takut kelam kabut nanti. Saya mesti kuat untuk taklifan ini. Kena banyak sabar, banyak doa, banyak dekatkan diri dengan Allah, banyak berkorban.  Mudah-mudahan jalan yang saya tempuh ini akan mendatangkan kebaikan untuk diri saya, keluarga, sahabat, agama dan Ummah satu hari nanti. Ameen.

Salam Ramadhan buat semua…. Selamat menempuhi Madrasah Ramadhan, semoga Ramdhan kali ini akan mentarbiyyahkan hati-hati kita semua….

salam cinta dan kasih sayang sesama musleem.

LilyRizana

Jumaat (30 Syaaban)