Negara Islam Wajib Ada Industri Senjata

6 01 2010

Negara Islam Wajib Ada Industri Senjata

Islam sebagai sebuah deen (akidah dan cara hidup) yang sempurna telah mengajar umatnya bagaimana untuk mengatur hal-ehwal ketenteraan, bahkan tentera itu sendiri merupakan salah satu struktur Daulah Islam yang berada di bawah kepimpinan Amirul Jihad. Selain itu, Negara Islam juga memiliki satu lagi struktur yang dikenali sebagai Da’irah As-Sina’ah (Bahagian Perindustrian) iaitu suatu bahagian yang mengurusi semua masalah yang berhubungan dengan perindustrian, baik yang berhubungan dengan industri berat seperti industri mesin dan peralatan, pembuatan dan pemasangan alat transportasi (kapal terbang, kapal selam, kereta dan sebagainya), industri bahan mentah dan industri elektronik; mahupun yang berhubungan dengan industri ringan, baik industri itu berupa kilang-kilang yang menjadi milik umum ataupun kilang-kilang milik peribadi. Pelbagai jenis industri ini hendaklah dibangunkan atas asas politik peperangan. Ini kerana, jihad dan perang memerlukan pasukan (angkatan tentera), sementara pasukan, agar mampu berperang, mestilah memiliki persenjataan. Manakala persenjataan itu pula, bagi memenuhi keperluan pasukan hingga ke tahap optimum, tentunya harus ada industri persenjataan di dalam negara, khususnya industri perang. Ini kerana, hubungan kesemua itu adalah begitu erat dengan jihad. Justeru, bagi memastikan Negara Islam memiliki kawalan ke atas semua hal-ehwal peperangan dan militer serta tidak berada di bawah kawalan negara asing dalam masalah tersebut, Negara Islam mestilah mendirikan industri persenjataan sendiri dan hendaklah mampu mengembangkan persenjataannya sendiri.

Hanya dengan cara ini, Daulah Islam akan memiliki kendali atas dirinya sendiri demi mengukuhkan kekuatan dan kedudukannya. Daulah juga harus berusaha memiliki dan menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling kuat, tidak kiralah bagaimana bentuk dan rupanya. Dengan begitu, barulah Daulah mampu menggentarkan musuh-musuh Allah, baik musuh yang nyata mahupun musuh yang belum nyata. Demikianlah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT,

“Dan persiapkanlah oleh kalian untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan apa sahaja yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian dan orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya” [TMQ al-Anfal (8):60].

Menggentarkan musuh itu tentunya tidak akan terealisasi kecuali dengan adanya persiapan sementara persiapan itu memestikan adanya industri. Jadi ayat tersebut telah menunjukkan wajibnya mendirikan industri ketenteraan. Hal ini dapat dipahami menurut dalalah al-iltizam atau berdasarkan kaedah ma la yatimmu al-wajib illa bihi fahua wajib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu wajib hukumnya). Demikian pula, dalil-dalil mengenai kewajiban jihad -melalui dalalah al-iltizam– menunjukkan wajibnya mendirikan industri. Dengan persiapan perang yang paling hebat dan paling mampu ini, barulah Daulah Islam dapat mengendalikan dan memenuhi keperluannya sendiri tanpa dipengaruhi atau bergantung kepada negara lain. Daulah bukan sahaja dapat mengeluarkan sendiri persenjataan yang diperlukan, malah dapat mengembangkan dan terus memperhebatkan semua bentuk persenjataan hingga mampu menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling hebat berbanding negara kufur.

Atas dasar memenuhi tuntutan ayat ini, maka wajib bagi negara untuk mendirikan industri persenjataan sendiri. Pemerintah tidak boleh (haram) untuk bergantung kepada persenjataan dari negara luar, sebab hal ini akan menjadikan negara-negara pengeksport senjata dapat menekan serta mengawal kehendak dan persenjataan negara, termasuk menentukan ‘kebolehan perang’ negara. Realiti yang kita saksikan di dunia saat ini menunjukkan bahawa negara-negara yang menjual persenjataan (seperti AS) kepada negara lain tidak akan menjual kesemua persenjataannya, khususnya persenjataan canggih. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali disertai dengan syarat-syarat tertentu, termasuk tatacara penggunaan senjata yang dijualnya. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali dalam jumlah yang sesuai menurut pandangannya, bukan menurut permintaan negara yang ingin membeli persenjataan tersebut. Inilah yang menjadikan negara pengeksport senjata sebagai pengendali dan penentu negara pembeli senjata. Hal-hal ini juga memungkinkan negara penjual senjata mengawal kehendak negara pembeli, apatah lagi ketika negara pembeli itu sedang berada dalam situasi perang, yang mana negara tersebut akan memerlukan tambahan persenjataan, alat ganti, peluru dan sebagainya.

Semuanya itu menjadikan ketergantungan negara pembeli terhadap negara penjual persenjataan semakin bertambah dan ketundukan negara tersebut pada kehendak negara penjual juga semakin besar. Hal inilah yang membuat posisi negara penjual semakin kuat sehingga dapat mengendalikan negara pembeli dan menekan serta mengawal kehendak negara pembeli. Sedangkan Allah SWT mengharamkan kita tunduk atau dikuasai oleh orang-orang kafir. FirmanNya,

“Dan Allah sekali-kali tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir menguasai orang-orang beriman” [TMQ an-Nisa’ (4):141].

Dengan tidak mempunyai industri persenjataan sendiri, negara pembeli (seperti Malaysia dan lain-lain negara umat Islam) telah tunduk dan  ‘menggadaikan’ dirinya sendiri, menggadai kehendaknya, peperangannya dan institusi negaranya kepada negara yang menjual persenjataan kepadanya. Ini semua berlaku kerana pemimpin negara telah memaksiati Allah dengan tidak menunaikan perintahNya seperti ayat di atas. Semua ini tidak berlaku di masa wujudnya negara Khilafah, di mana Khilafah adalah sebuah negara super power dengan persenjataan yang paling kuat dan paling canggih di dunia sehingga digeruni oleh kawan dan lawan. Ini kerana, para Khalifah menunaikan perintah Allah di dalam menyediakan pasukan untuk berjihad di jalan Allah, tidak seperti mana pemimpin sekular sekarang.

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan umat Islam mendirikan industri manjaniq dan dababah. Al-Baihaqi telah menyebutkan riwayat dari Abu Ubaidah ra yang berkata,

“Kemudian Rasulullah SAW mengepung penduduk Thaif dan menggempurnya dengan manjaniq selama 15 hari…”.

Abu Daud juga telah mengeluarkan hadis di dalam Al-Marasil dari Makhul,

“Rasulullah SAW pernah mengempur pendududuk Thaif menggunakan manjaniq”.

Diriwayatkan bahawa Salman adalah orang yang bertanggungjawab dalam industri manjaniq tersebut di mana beliau membuatnya dengan tangannya sendiri.

Berdasarkan ayat dan hadis di atas, wajib bagi Negara Islam membangun sendiri semua industri persenjataannya dan segala hal yang diperlukan termasuk alat ganti (spare part)nya. Hal itu tidak akan tercapai kecuali negara mewujudkan dan menjaga industri beratnya. Jika Daulah Khilafah berdiri dalam masa terdekat nanti, untuk langkah pertama, Khalifah harus membangun perindustrian berat, baik industri berat militer mahupun non-militer. Khilafah juga harus memiliki kilang-kilang untuk memproduksi persenjataan nuklear, pesawat pengintip, peluru-peluru berpandu, satelit-satelit, pesawat tempur, kereta kebal, artileri, kapal selam, kereta perisai, anti peluru dengan pelbagai jenisnya, serta pelbagai persenjataan lainnya baik senjata berat mahupun senjata ringan. Selain itu, Daulah Khilafah juga wajib memiliki industri yang berkaitan dengan kepemilikan umum dan industri-industri ringan yang mempunyai kaitan dengan industri ketenteraan. Semua itu merupakan bentuk-bentuk persiapan yang wajib dipenuhi oleh pemerintah kaum Muslimin dalam rangka memenuhi seruan Allah dan RasulNya demi menegakkan agama Allah di muka bumi.

p/s: Artikel di atas adalah sebahagian yang di petik dari laman web : www.mykhilafah.com

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: