Welcoming New Life

8 01 2010

Welcoming new life. Ayat penyata seperti orang baru jadi pengantin pulak. Sebenarnya saya baru selesai mendafatar sebagai pelajar separuh masa di OUM. Alhamdulillah, selesai segalanya. Pagi tadi sebelum keluar dari rumah jantung saya berdegup kencang dan saya rasa sangat berdebar-debar. Saya seperti takut apa-apa berlaku ke atas diri saya. Saya bertawakal kepada Allah supaya tiada apa yang buruk berlaku. Syukur sepanjang perjalanan pergi dan balik saya dilindungiNya. Tahun 2010 ini, saya telah mulakan dengan kehidupan baru yang pastinya lebih mencabar dan adventurous (dalam bahasa jawanya). Saya sebagai pekerja dan sebagai pelajar. Saya yakinkan diri, bahawa saya mesti berjaya kedua-duanya. Jika orang lain yang telah mempunyai keluarga boleh bekerja dan belajar dalam masa yang sama, pastinya saya yang masih single ini mesti boleh 2 kali ganda. Sebab saya masih tiada komitmen dengan keluarga. (syukur Allah masih tidak takdirkan saya berumahtangga lagi). Pagi tadi saya baru tersedar keupayaan diri. Pasti ada sebab Allah hanya rezekikan saya belajar di OUM tidak di UITM atau USM.

Saya antara yang terawal tiba pagi tadi. Saya orang yang ke-9.Cepat datang jadi cepat balik. Saya ingatkan sampai lewat petang, tapi sebelum 12.00pm saya dah sampai rumah. Segalanya berjalan dengan lancar. Kebanyakan yang datang belajar kat sini semuanya lebih dari 25 tahun. Saya mungkin di antara beberapa orang yang termuda, baru berusia 22 tahun. So sweet. InsyaAllah saya akan habis belajar 4 tahun dari sekarang iaitu bulan disember 2013, ketika itu saya baru mencecah 26 tahun. Kira ok la……

Tadi saya dan pelajar baru yang lain diberi taklimat. Mostly tentang gambaran study di OUM. Bagi saya sistem belajar di sini lebih fleksibel. Tutorial hanya 5 kali sepanjang sem ini secara purata 2 minggu sekali. Kami sabagai pelajar perlu banyak berinteraksi secara online di portal untuk pelajar myLMS dan perlu pandai untuk managed study mengikut modul yang telah disediakan. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan penerangan tadi. Dalam ucapan dari Naib Presiden OUM, beliau mengatakan bahawa belajar di OUM adalah salah satu bentuk pelaburan untuk masa hadapan. Ada benarnya, tetapi bagi saya, saya menuntut ilmu ini kerana ingin mencapai keredhaanNya, kerana menuntut ilmu adalah fardhu Ain ke atas setiap muslim. Jika saya diberi kenaikan pangkat selepas memperoleh ijazah nanti, saya bersyukur. Saya belajar bukan sekadar untuk mendapatkan skrol semata-mata, tetapi saya berharap bertambah keimanan saya kepada Allah apabila saya dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya tidak ingin ilmu yang saya perolehi ini untuk sekadar menongkat dunia. Biarlah pelaburan ini hingga ke akhirat.

Registration Kit

Selepas ini saya perlu merancang kehidupan saya sebaiknya dan mengguna masa terluang untuk study. Saya perlu mnperuntukkan 360 jam masa belajar untuk 9 jam kredit bagi 3 subjek. Semoga dipermudahkan.

Masa tunggu untuk daftar tadi sempat juga berkenalan dengan beberapa orang pelajar lain. The first person yang tegur saya Hari, seorang indian girl yang sedang buat Master dan Pn.Jasmine seorang sale manager yang menjual barang hospital. Dia juga undergraduate seperti saya, tapi Pn.Jasmine ambil Physcology. Saya juga berkenalan dengan Kak Zuraidah. Dia seorang staff nurse di Princecourt Medical Centre, sambung Nursing la, apalagi. Tak lupa juga kak Nurul yang tinggal kat Banting, berkerja sebagai pembantu makmal sekolah di Banting. Kak Nurul nie buat Human resource. Harap dapat jumpa kak Nurul lagi, sebab kami satu learning centre di Shah Alam. Paling tak sangka, kawan sekelas saya masa diploma dulu pun sambung part time macam saya. course yang sama pulak tu. Beliau adalah Farikha Sarip. Ada juga kawan yang meneman. Semoga segala urusan dipermudahkan.

p/s: Final Exam will be held on 5-28 april. Saya kena bersedia.





Entri Tahun Baru

8 01 2010

Sebenarnya sudah agak terlambat untuk saya menulis entri tahun baru. Tapi tak pelaa…. Tahun baru maal hijrah 1431 dan tahun masihi 2010, akan banyak perubahan dalam hidup saya. Tadi saya baru sahaja selesai mengemas borang-borang dan fail untuk hari pendaftaran pelajar baru esok, 9/01/2010. Alhamdulillah Lily Rizana akhirnya diizin Allah untuk menyambung pengajian. Jadi bermula dari sekarang saya tidak boleh bermain-main, lepak kosong sambil berangan, window shopping sampai kena langgar dengan kereta, tidur lama-lama lepas balik night call, picit jerawat atau apa-apa sahaja yang membazirkan masa. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini banyak terleka. Saya mesti FOKUS!!! Sebab saya bakal menempuh keadaan yang sibuk. Saya perlu lebih tersusun mengatur masa saya untuk kerja, study part time, halaqah, dakwah, kawan-kawan, family dan untuk diri sendiri. Tahun 2010 saya mengharapkan kedudukan kewangan saya bertambah baik walaupun saya kini sebagai pelajar, yang tentunya menuntut pengorbanan dari segi kewangan yang sangat banyak.

2009

Mengimbas kembali tahun 2009, tidak banyak kejayaan yang berjaya dicapai. Iyela, sasaran kerja tahunan (SKT) pun cuma 84.2% sahaja tetapi sebenarnya dalam ketegori BAIK, untuk pekerja baru macam saya. Masa study dulu apa yang kita capai kita boleh nampak, sebagai contoh dapat pointer yang baik, tapi bila dah berkerja susah tahu kita ini berjaya atau tidak. Tapi bagi saya kejayaan yang sebenar adalah apabila seorang manusia itu dapat menjernihkan PEMIKIRAN dan meneguhkan KEIMANAN untukematuhi perintah Allah. Seseorang itu berjaya apabila meletakkan matlamat untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah dalam setiap perbuatan dan berusaha untuk meraih yang terbaik hanya kerana Allah. Antara target tahun 2009 yang telah berjaya saya capai adalah menyambung pengajian. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tetapi banyak sebenarnya yang saya tak berjaya capai antaranya menghabiskan 3 buah buku sebulan. Disebabkan kesibukan, saya hanya mampu membaca 1 buku sahaja dalam sebulan. Lain-lain target yang tak berjaya dicapai, tak perlulah saya kongsikan , biarlah menjadi rahsia diri saya.

Tahun 2009 sembilan telah kita tinggalkan. Yang pastinya setiap orang pasti mempunyai kenangan tersendiri. Tahun 2009 akan semakin jauh kita tinggalkan, semoga tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang diharap pencapaian kita semakin baik dan manjadi hamba Allah yang terbaik. Itulah azam saya. Secara ringkasnya pada tahun 2010 saya berazam akan cemerlang dalam pengajian saya untuk tahun pertama ini. Saya berazam kerjaya saya akan bertambah baik. Saya berazam tabungan saya semakin bertambah untuk saya mencapai sesuatu pada 2011. Saya berharap saya akan semakin stabil ekonomi dan emosi. Soal berumah-tangga bukan sesuatu yang perlu saya fikirkan ketika ini. Masih terlalu jauh. Saya perlu menggunakan semaksima mungkin kesempatan yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah serta mencapai ‘sesuatu’ pada tahun 2011 sementara saya masih bujangan ini.

Semoga Allah perkenankan….perjalanan masih panjang….saya berharap saya dapat mengutip banyak pengalaman yang dapat mematangkan diri disepanjang kembara ini. InsyaAllah.

p/s : sebenarnya banyak nak kongsi tapi, lily kena tidur, sebab kena bangun awal. 6.30pagi mesti dah gerak dari rumah.