Entri Tahun Baru

8 01 2010

Sebenarnya sudah agak terlambat untuk saya menulis entri tahun baru. Tapi tak pelaa…. Tahun baru maal hijrah 1431 dan tahun masihi 2010, akan banyak perubahan dalam hidup saya. Tadi saya baru sahaja selesai mengemas borang-borang dan fail untuk hari pendaftaran pelajar baru esok, 9/01/2010. Alhamdulillah Lily Rizana akhirnya diizin Allah untuk menyambung pengajian. Jadi bermula dari sekarang saya tidak boleh bermain-main, lepak kosong sambil berangan, window shopping sampai kena langgar dengan kereta, tidur lama-lama lepas balik night call, picit jerawat atau apa-apa sahaja yang membazirkan masa. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini banyak terleka. Saya mesti FOKUS!!! Sebab saya bakal menempuh keadaan yang sibuk. Saya perlu lebih tersusun mengatur masa saya untuk kerja, study part time, halaqah, dakwah, kawan-kawan, family dan untuk diri sendiri. Tahun 2010 saya mengharapkan kedudukan kewangan saya bertambah baik walaupun saya kini sebagai pelajar, yang tentunya menuntut pengorbanan dari segi kewangan yang sangat banyak.

2009

Mengimbas kembali tahun 2009, tidak banyak kejayaan yang berjaya dicapai. Iyela, sasaran kerja tahunan (SKT) pun cuma 84.2% sahaja tetapi sebenarnya dalam ketegori BAIK, untuk pekerja baru macam saya. Masa study dulu apa yang kita capai kita boleh nampak, sebagai contoh dapat pointer yang baik, tapi bila dah berkerja susah tahu kita ini berjaya atau tidak. Tapi bagi saya kejayaan yang sebenar adalah apabila seorang manusia itu dapat menjernihkan PEMIKIRAN dan meneguhkan KEIMANAN untukematuhi perintah Allah. Seseorang itu berjaya apabila meletakkan matlamat untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah dalam setiap perbuatan dan berusaha untuk meraih yang terbaik hanya kerana Allah. Antara target tahun 2009 yang telah berjaya saya capai adalah menyambung pengajian. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tetapi banyak sebenarnya yang saya tak berjaya capai antaranya menghabiskan 3 buah buku sebulan. Disebabkan kesibukan, saya hanya mampu membaca 1 buku sahaja dalam sebulan. Lain-lain target yang tak berjaya dicapai, tak perlulah saya kongsikan , biarlah menjadi rahsia diri saya.

Tahun 2009 sembilan telah kita tinggalkan. Yang pastinya setiap orang pasti mempunyai kenangan tersendiri. Tahun 2009 akan semakin jauh kita tinggalkan, semoga tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang diharap pencapaian kita semakin baik dan manjadi hamba Allah yang terbaik. Itulah azam saya. Secara ringkasnya pada tahun 2010 saya berazam akan cemerlang dalam pengajian saya untuk tahun pertama ini. Saya berazam kerjaya saya akan bertambah baik. Saya berazam tabungan saya semakin bertambah untuk saya mencapai sesuatu pada 2011. Saya berharap saya akan semakin stabil ekonomi dan emosi. Soal berumah-tangga bukan sesuatu yang perlu saya fikirkan ketika ini. Masih terlalu jauh. Saya perlu menggunakan semaksima mungkin kesempatan yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah serta mencapai ‘sesuatu’ pada tahun 2011 sementara saya masih bujangan ini.

Semoga Allah perkenankan….perjalanan masih panjang….saya berharap saya dapat mengutip banyak pengalaman yang dapat mematangkan diri disepanjang kembara ini. InsyaAllah.

p/s : sebenarnya banyak nak kongsi tapi, lily kena tidur, sebab kena bangun awal. 6.30pagi mesti dah gerak dari rumah.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: