Tentang Lily

Dilahirkan tepat pada jam 11.32 pagi pada 20 November 1987. Merupakan anak ke-7 dari 10 adik beradik.Anak kepada pasangan bahagia Hj Ismail bin Mat Sahri dan Raejah bt Selamat dibesarkan dalam suasana harmoni di desa yang permai (Desa Teratai, Felda Keratong 4). Ketika dizaman kanak-kanak beliau seorang anak yang cergas tapi sedikit pasif. Menerima pendidikan awal dari ibu yang disayangi kemudian pada usianya 6 tahun, beliau dihantar untuk menerima pendidikan formal yang pertama di sekolah Tadika KEMAS Felda Keratong 4. Kemudian beliau meneruskan pendidikan keperingkat seterusnya di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong 4&5 dari darjah 1 – 6. Penerimaan tsaqafah asing lagi tidak islamik tidak akan lari dari kehidupan beliau.Tawaran demi tawaran untuk ke Asrama  beliau tolak, dengan alasan, “takut rindu mak” .Diperingkat menengah beliau meneruskan pendidikan tingkatan 1 di Sekolah menengah Kebangsaan Keratong dan kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Bandar Tun Razak Rompin Pahang sehingga ke tingkatan 5. Akhirnya pada Julai 2005 beliau melanjutkan pelajaran keperingkatan pengajian tinggi di Universiti Malaya (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dalam bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya pada Julai 2008. Kini beliau berkerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Bahagian Perubatan Makmal, PPUM dan beliau kini sedang dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara jarak jauh dalam bidang berkaitan. InsyaAllah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: