Kelakar

10 01 2010

Hahahahahahahahaha =D

Lucu sangat-sangat hari ini. Macam mana boleh lupa. Pagi tadi punya la confident, bangun pagi-pagi, mandi, solat, bersiap mekap cantik-cantik (tak la sampai tabarruj, sapu bedak ngan pakai lip gloss jer), busana hari ni punyala mengancam (mengalahkan Ariel) jubah biru turqoise dipadankan dengan tudung baru lagi. Sampai lab awal dalam pukul 7.18 pagi, tup..tup..tup..tengok roster, saya kerja malam hari nie. hahahahaha…..kesal tak berkesudahan.  Tak pe la, at least boleh la study hari nie. Lepak kat bilik kak Am, so boleh kuar lambat. Sempat jugak selesaikan banyak perkara, reshuffle jadual untuk bulan ni, mana yang bertindan dengan tutorial, tukar la dengan kawan, itu pun jenuh merayu-rayu pada kawan-kawan, semua tak free 23 haribulan, akhirnya Jennifer la penyelamat saya.

Alhamdulillah, semalam saya berjaya menghabiskan satu chapter untuk subjek Principle of Management. Ok la, ada yang boleh adsorbed terus dalam kepala otak, ada yang just bace sepintas lalu. Semangat! tapi tak tahu la kalau dah lama-lama nanti. Semoga terus konsisten, sebab belajar pjj macam nie nak kena pandai managed, kalau tak banyak akan tertinggal. Dalam hujung minggu nie kemungkinan besar dah dapat assignment. Tak pe, syukur. Saya dah dapat bayangkan untuk 4 tahun ni, hidup saya adalah kerja->Study->tutorial->assignment->halaqah. Inilah yang berulang-ulang. Semoga apa yang akan dilakukan nanti tidak lari dari tujuan asal  manusia diciptakan oleh Allah s.w.t (Adz- Zariyat : 56). Hidup mesti seimbang. Lagi satu nak kongsi, saya suka stail study macam nie. Lebih banyak belajar sendiri, tak faham boleh discuss dalam myLMS, tak ada kelas langsung hanya tutorial. Bila kaji semula masa study diploma dulu pun saya macam ni. Bagi saya kelas untuk saya tak banyak membantu (memangla tak membantu, masuk kelas tidur…tapi saya dengar apa pensyarah cakap), tapi bila balik saya akan study dan discuss dengan kawan-kawan atau jumpa tutor. So tak jauh beza dengan stail ODL ni. Cuma satu, tak boleh main-main, kena fokus, kena rajin, sebab banyak buku nak kena baca, buku belajar, buku halaqah….(wawawawa buku Ushul fiqh yang kak nabila bagi pinjam tak study lagi) tak boleh jadi. Ok la nak study.

p/s-> nak tido dulu…bangun pastu nak kena study English for Oral Comunication. Masa panjang lagi, masuk kerja jam lapan malam. 7.55 mlm pun sempat lagi.

Advertisements




Entri Tahun Baru

8 01 2010

Sebenarnya sudah agak terlambat untuk saya menulis entri tahun baru. Tapi tak pelaa…. Tahun baru maal hijrah 1431 dan tahun masihi 2010, akan banyak perubahan dalam hidup saya. Tadi saya baru sahaja selesai mengemas borang-borang dan fail untuk hari pendaftaran pelajar baru esok, 9/01/2010. Alhamdulillah Lily Rizana akhirnya diizin Allah untuk menyambung pengajian. Jadi bermula dari sekarang saya tidak boleh bermain-main, lepak kosong sambil berangan, window shopping sampai kena langgar dengan kereta, tidur lama-lama lepas balik night call, picit jerawat atau apa-apa sahaja yang membazirkan masa. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini banyak terleka. Saya mesti FOKUS!!! Sebab saya bakal menempuh keadaan yang sibuk. Saya perlu lebih tersusun mengatur masa saya untuk kerja, study part time, halaqah, dakwah, kawan-kawan, family dan untuk diri sendiri. Tahun 2010 saya mengharapkan kedudukan kewangan saya bertambah baik walaupun saya kini sebagai pelajar, yang tentunya menuntut pengorbanan dari segi kewangan yang sangat banyak.

2009

Mengimbas kembali tahun 2009, tidak banyak kejayaan yang berjaya dicapai. Iyela, sasaran kerja tahunan (SKT) pun cuma 84.2% sahaja tetapi sebenarnya dalam ketegori BAIK, untuk pekerja baru macam saya. Masa study dulu apa yang kita capai kita boleh nampak, sebagai contoh dapat pointer yang baik, tapi bila dah berkerja susah tahu kita ini berjaya atau tidak. Tapi bagi saya kejayaan yang sebenar adalah apabila seorang manusia itu dapat menjernihkan PEMIKIRAN dan meneguhkan KEIMANAN untukematuhi perintah Allah. Seseorang itu berjaya apabila meletakkan matlamat untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah dalam setiap perbuatan dan berusaha untuk meraih yang terbaik hanya kerana Allah. Antara target tahun 2009 yang telah berjaya saya capai adalah menyambung pengajian. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tetapi banyak sebenarnya yang saya tak berjaya capai antaranya menghabiskan 3 buah buku sebulan. Disebabkan kesibukan, saya hanya mampu membaca 1 buku sahaja dalam sebulan. Lain-lain target yang tak berjaya dicapai, tak perlulah saya kongsikan , biarlah menjadi rahsia diri saya.

Tahun 2009 sembilan telah kita tinggalkan. Yang pastinya setiap orang pasti mempunyai kenangan tersendiri. Tahun 2009 akan semakin jauh kita tinggalkan, semoga tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang diharap pencapaian kita semakin baik dan manjadi hamba Allah yang terbaik. Itulah azam saya. Secara ringkasnya pada tahun 2010 saya berazam akan cemerlang dalam pengajian saya untuk tahun pertama ini. Saya berazam kerjaya saya akan bertambah baik. Saya berazam tabungan saya semakin bertambah untuk saya mencapai sesuatu pada 2011. Saya berharap saya akan semakin stabil ekonomi dan emosi. Soal berumah-tangga bukan sesuatu yang perlu saya fikirkan ketika ini. Masih terlalu jauh. Saya perlu menggunakan semaksima mungkin kesempatan yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah serta mencapai ‘sesuatu’ pada tahun 2011 sementara saya masih bujangan ini.

Semoga Allah perkenankan….perjalanan masih panjang….saya berharap saya dapat mengutip banyak pengalaman yang dapat mematangkan diri disepanjang kembara ini. InsyaAllah.

p/s : sebenarnya banyak nak kongsi tapi, lily kena tidur, sebab kena bangun awal. 6.30pagi mesti dah gerak dari rumah.





Kawan Saya Dah Tak de…

12 08 2009
Ani dan Lily

Ani dan Lily

Lily sedih lagi… Saya tahu kesedihan saya tidaklah seberapa berbanding insan lain yang begitu terasa atas kehilangannya, suaminya, ibubapanya, anak-anaknya dan juga adik beradik yang lain.

Minggu ini saya bercuti lagi (mentang-mentang off banyak). Cuti yang tidak dirancang. Malam selasa yang lalu terima satu panggilan kecemasan. Pagi Rabu semalam terus ambil emergency leave balik kampung. Terima kasih kawan-kawan sekerja yang begitu memahami diri ini (terima kasih untuk anak cikgu Robil (Balqis Restu Maya ) sebab sudi gantikan night call lily malam ni. Juga tak lupa Pak cik Khalid dan Abang Salihin, kesian pak cik dan abang kena berkerja dua orang lagi minggu nie.. tak pen anti lepas raya adik kena kerja sorang-sorang, lagi kesian tau…)

Bukan Kehendak Kita

Tak sangka saya, bulan lepas adalah kali terakhir saya akan bertemu dengannya. Hati saya begitu mendesak dan mendesak saya untuk pergi ke pantai. Saya tak nak ke tempat lain, Port Dickson ke yang lebih dekat, tapi saya nak ke Lumut jumpa Ani. Sungguh saya tak sangka semua ini adalah petanda itu kali terakhir saya berjumpa dengan Ani.

Sahabat Selamanya

Sahabat Selamanya

Rohani Bt Abu Hassan (04.01.1987-11.08.2009) Allah lebih sayangkan kamu Ani. Sempat Ani merasa kebahagiaan rumahtangga, tapi tak sangka Cuma sekejap. Kehidupanmu sudah terlakar di Luh Mahfuz begitu Ani. Semuanya bukan kehendak kita yang masih hidup. Ani…Lily sayang sangat pada Ani. Semoga Allah tempatkan Ani bersama para solihin. Lily masih ingat lagi Ani masakkan tom yam udang untuk lily. Lily dah kenyang masa tu tapi Ani masukkan semua udang dalam mangkuk lily. Sejak kahwin Ani dah pandai masak. Lily sedih sangat bila ingat itu adalah kali terakhir lily akan makan masakan Ani. Tak dapat lupa lily pada rendang hati yang Ani masak, sedap sangat. Tak dapat lupa sewaktu lily bermain perut Ani yang sarat tu, merasa gerakan baby dalam perut tu Ani cakap pada lily… “Lily kalau aku meninggal macam mana ye?”… Ani lily tak sangka Ani dah merasa tandanya ketika itu. Bagai semalam kita baru jumpa, tak sangka hari ini Ani dah tak de… Ya Allah ampunkan dosa sahabatku yang sangat baik ini. Ani tak sangka lily gurauan kita bersama bulan lalu adalah kali terakhir. Ani tak sempat tengok Lily kahwinkan? Semoga doa Ani pada lily bulan lepas Allah makbulkan “ Lily aku doakan jodoh kau dengan dia…terima orang yang sayang kita tau”… Ani dah tak de… Ani macam kakak lily…Lily sayang sangat pada Ani.

Kawan tanpa syarat.

Ani merupakan kawan saya dari kecil lagi. Kami membesar bersama, nakal sama-sama, masa sekolah tadika kami suka main pondik-pondok. Ingat lagi saya adalah seorang yang cenggeng (cepat nangis) masa kecil. Ani ibarat defender saya. “Ooo korang ejek dia ye, korang ingat korang tu bagus sangat ke!” marah Ani pada budak-budak lelaki yang mengejek saya. Masih ingat lagi kami pecahkan telur tembelang dekat rumah Mak cik Milah. Ingat lagi terasa Ani dengan saya ketika ada kenduri perkahwinan Abang “ Lily…ko tak nak kawan aku ye bila sepupu datang. Takpe aku ingat lily”…. Hehehe kelakar sangat bila ingat masa kecik-kecik dulu. Ani suka pakai seluar pendek paras lutut. Mesti kami waktu tu comel… Sampai kami berusia 12 tahun, kami selalu bermain. Segala permainan budak-budak kampung kami main, galah panjang, zero point, jengket-jengket. Paling tak dapat lupa bila kena marah dengan arwah Pak cik sahak sebab nak main api nak goreng telur dan bakar ubi. Macam-macam perangai kami waktu tu. Belum lagi bila musim buah. Panjat pokok, siap buat ran atas pokok sebab senang nak makan buah manggis. Main pondok-pondok dalam reban ayam….ish macam-macam permainan kami waktu tu. Bila ada orang buat kenduri kawin, sibuk kami mintak inai dari mak cik-mak cik sebab nak pakai inai, lepas tu bila dah berinai main kawin-kawin pulak. Kelakar sangat. Ingat lagi masa umur sepuluh tahun kami berdua dapat basikal dari parents masing-masing. Kami pergi sekolah sama-sama, balik dari sekolah agama terus keliling kampung. Seronok sangat zaman budak-budak dulu. Kegemaran saya dengan arwah Ani sama. Kuat makan asam. Makan jeruk kelubi dengan garam dan ‘mencolek ‘ buah pauh (sejenis mangga) dengan sambal kicap gula, letak cili, belacan dan asam jawa. Sampai kami besar, pantang jumpa kalau kena masa tu musim buah pauh, ‘mencolek’ lah aktiviti kami.  Tak sangka arwah pergi dulu dari kedua ibu bapanya.

Perkahwinan Ani dan Abg Firus

Perkahwinan Ani dan Abg Firus

Saat Pernikahan Ani

Saat Pernikahan Ani

Ani berkahwin awal. Ani bersekolah sampai tingkatan 4. Waktu itu saya sangat sedih, kanapa Ani tak pentingkan cita-cita. Tapi kesedihan saya cuma dalam hati sahaja tak pernah saya luahkannya. Pasti ada hikmahnya. Ani berkahwin dengan Abang Firus atas pilihan orang tua. Saya ingat lagi saya bertanya padanya “ko yakin ke dah nak kahwin Ani?”  jawab Ani “Separuh-separuh”. Saya tanya lagi “Ko cinta ke pada bakal suami ko nie?” Jawab Ani “Entahlah Lily”. Sebagai seorang sahabat saya hanya mendokan yang terbaik. Alhamdulillah cinta Ani pada Abg.Firus muncul setelah berkahwin. Abg.Firus sangat baik pada Ani dan sangat kasih pada Ani. Ani kata syukur sangat dia berkahwin dengan Firus. Beza umur Ani dengan Abg.Firus 14 tahun. Bila saya jumpa Ani bila balik kampung atau ke rumah Ani di lumut, saya belajar untuk merendahkan status dan merendah diri. Kalau nak ikutkan status pendidikan, apalah sangat yang ada pada Ani. Tapi siapapun dia atau siapapun saya, kami adalah sahabat baik. Berkawan tanpa syarat, itu yang saya belajar dalam persahabatan saya bersama Ani. Terimalah seseorang seadanya. Ani bukan sesiapa tapi dia adalah manusia. Naluri yang bernama MANUSIA itu tetap sama, tak kira apapun statusnya dalam masyarakat. Tak kiralah dia seorang doctor, tukang cuci ataupun suri rumah, hakikatnya kita adalah manusia dan hamba Allah. Nilaian Allah pada hambanya yang bernama manusia adalah iman dan taqwa. Wahai Lily berkawanlah dengan seseorang itu tanpa syarat…

Anak Angkat

Saya mangharapkan nasib anak-anaknya terbela. Atas pemergian Ani, Abg.Firus telah kehilangan sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanalah Abg.Firus ingin memulakan kehidupan tanpa seorang isteri di sisi. Bila balik rumah, sunyi sepi. Mengikut keinginan Arwah Ani, dia ingin bayinya yang baru lahir 1 Ogos lalu di jaga dan di asuh oleh kakaknya yang telah berumahtangga selama 4 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Semuanya ada hikmahnya. Manakala anaknya yang sulung yang berusia 5 tahun dijaga di kampung oleh opah dan tok wannya. Tak apelah kedua-dua beradik ini secara tidak langsung juga anak kepada saya. Saya berjanji pada diri saya, saya akan menyayangi anak-anak Ani sebagai tanda persahabatan dan kasihnya saya padanya. Anak-anaknya adalah anak saya, juga sebagai mengikut sunnah Rasulullah supaya belas dan kasih pada anak yatim. Walaupun Ani dah tak ada, saya berjanji akan sentiasa menjenguk kedua ibubapa Ani setiap kali balik kampung, sekaligus menjenguk Alesya yang akan tinggal di kampung bersama opahnya. Alesya Balqis dan Hani Nurdayana, umi berjanji akan menyayangi kamu berdua sebagai tanda persahabatan umi dan arwah ibu yang takkan terputus sampai bila-bila. Semoga kalian berdua menbesar sebagai anak yang solehah untuk abah dan arwah ibu.

Alesya Balqis dan Cik li di Teluk Batik

Alesya Balqis dan Cik li di Teluk Batik

Alesya Balqis

Arwah Ani cakap, perangai Alesya macam saya, tarikh lahir kami pun dekat-dekat. Saya lahir pada 20.11.1987, Alesya lahir pada 19.11.2004. Kami berdua suka main air. Hehehehe… ingat lagi main kejar-kejar dengan Alesya kat tepi pantai dulu. Saya selalu dengar Ani cakap pada Alesya belajar pandai-pandai macam cik lily. Mungkin arwah juga sayang pada saya juga.

Hani Nur dayana

Hani lahir pada 1 Ogos 2009. Arwah Ani tak sempat pun mendukung apatah menyusukan bayi kecil ini. Selepas bersalin, arwah mengalami komplikasi paru-puru dan terus di tahan di ICU selama 11 hari hingga arwah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 9.30 malam 11.08.2009. Kasihan Hani. Namanya adalah nama arwah. Bayi kecil yang mulus ini arwah tinggalkan sebagai kenangan buat kami. Menyebut namanya akan mengenangkan kami pada arwah.

Menginsafkan

Beberapa peristiwa yang berlaku pada saya dalam beberapa minggu ini sangat menginsafkan. Minggu lepas soal jodoh. Minggu ini soal mati. Minggu-minggu yang akan datang masih tidak kita ketahui. Soal jodoh, rezeki, ajal dan maut serta ujian adalah sesuatu yang berada diluar kawalan kita. Jodoh perkara yang kita tidak tahu, bercinta dengan orang lain, boleh jadi menikah dengan orang lain. Ajal dan maut bukan kita tahu bila kita akan mati, buah kelapa muda boleh jatuh, inikan pula manusia. Yang penting sebagai seorang manusia dan hamba Allah kita harus bersedia. Rezeki dan ujian pun kita tidak tahu apakah takdirnya buat kita. Kita hanya merancang apa yang kita inginkan, tapi akhirnya kita tidak tahu apa yang akan jadi. Bila menelusuri kehidupan Ani, menginsafkan saya. Jodohnya dengan Abg Firus, datang bukan atas kehendak Arwah Ani, bukan kehendaknya akan berumah tangga pada usia semuda 17 tahun. Kematiannya tak disangka-sangka. Usianya masih muda, 22 tahun, tapi telah terlakar bahawa kehidupanmu begitu Ani. Sempat juga Ani merasa kebahagiaan rumahtangga dan mempunyai cahaya mata yang comel-comel. Tapi lily terkilan Ani tak sempat tengok Lily kahwin….Semoga doa Ani pada lily dimakbulkan Allah. Semoga Ani diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah. Ani kita telah terpisah oleh hijab barzakh penghubung ke alam akhirat. Semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya. Lily berjanji akan sayang pada anak-anak Ani. Lily sayang Ani…





Night Call: Yang Menambahkan Keimanan

12 06 2009

Alhamdulillah, berjalan lancar segalanya malam tadi. Jumlah sampel yang diproses okey, tak de HO yang cari pasal nak tambah ujian makmal yang bukan-bukan, tak de staf nurse yang bising-bising minta keputusan ujian dengan terlalu cepat (sampel baru sampai dah tanya result, tak logik langsung), mahupun attanden yang asyik ketuk-ketuk pintu hantar sampel, mahupun hantu yang selama ini diceritakan banyak berkeliaran kat lab pagi-pagi buta. Kalau die datang pagi tadi okey jugak. boleh minta tolong buat urinalysis. Lebih baik jumpa hantu, jangan pesakit mental yang terlepas dari wad psikiatri datang jumpa saya sudahlah… tak dapat dibayangkan.

Penat masih belum hilang, nak qadha tidur kejap. Petang ada usrah, tapi tak ada persediaan langsung. Tak pe dalam LRT nanti sempat baca. Nanti goreng la mana yang patut. Tapi disebabkan terlalu teruja, sebab ini kali pertama saya night call, saya gagahkan jugak mata. Sahaja nak berkongsi. Kawan-kawan satu lab dah tahu saya buat blog. Esok oncall lagi. Rasa penat sangat minggu ini.

Tapi apa yang seronak sangat malam tadi, saya dapat belajar benda baru. Sebenarnya sepanjang praktikal dan posting saya tidak pernah buat satu test yang dipanggil THROMBIN TIME (TT)secara manual (test TT ni selalunya dijalankan oleh mesin ACL 1000). Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang bertemu dengan kes dimana keputusan ujian untuk PROTHROMBIN TIME (PT) normal, TT prolonged,  ACTIVATED PARTIAL THROMBIN TIME (APTT) prolonged (berlarutan dalam bahasa melayu) dan FIBRINOGEN-C normal serta d-DIMER positive. Saya  merasa pelik dengan result tersebut, kerana selalunya jika mesin tidak memberi sebarang result untuk TT, result untuk APTT juga tidak akan diberi. Saya takut untuk validate result tersebut, takut berlaku sebarang kesilapan. Doktor di wad membuat keputusan berdasarkan keputusan ujian makmal. Jadi sangat penting untuk saya tidak lakukan sebarang kesilapan. Jadi apa yang saya harus lakukan adalah, menganalisis keputusan tadi berdasrkan teori yang saya telah pelajari, apakah sebab result yang diberikan ACL 1000 begitu dan adakah relevan untuk saya menjalankan ujian TT secara manual.

Penyelesaian

Saya baru teringat tentang coagulation pathway.

750px-Coagulation_full.svg

TT mewakili keseluruhan coagulation pathway(cascade), intrinsic dan extrinsic pathway. Sekiranya berlaku sebarang kekurangan terhadap faktor-faktor yang terlibat dalam intrinsic dan extrinsic pathway, result TT akan prolonged. Jadi dalam kes saya tadi mungkin pesakit mengalami kekurangan terhadap faktor pada intrinsic pathway. Mungkin pesakit kurang Faktor 8,5, 12, atau  boleh jadi memang tak ada thrombin langsung. untuk maklumat lanjut boleh tengok kat internet ye, atau buku berkaitan hemoestasis.

Apa yang saya ceritakan tadi segala macam benda yang agak mengarut tu sebenarnya berkaitan tentang proses pembekuan darah secara semulajadi dalam badan manusia. Subhanallah. Maha suci Allah yang menciptakan manusia dan segala macam dimuka bumi ini. Bayang sahaja sahabat-sahabat andai tiada sebarang anti pembekuan (anti-coagulant) dalam badan kita atau tiada coagulation pathway, sudah tentu akan berlaku pendarahan dalam dalam badan kita, walaupun tanpa trauma seperti kemalangan atau apa sahaja. Jadi dengan adanya ciptaan Allah bernama anti coagulant dalam badan kita pasti semua itu tidak akan berlaku dan kerosakan tisu akan dapat diperbaiki. Indahkan ciptaan Allah bernama manusia? Ali R.A pernah berkata, tubuh manusia itu ibarat dunia yang kecil. Memang betul. Saya sangat mencintai bidang ini, bidang perubatan walaupun cita-cita saya nak jadi doktor, tak pe saya akan cuba jadi doktorat dalam bidang ini. Ilmu yang saya perolehi hari ini baru sedikit, sangat sedikit ibarat sebesar kuman berbanding ilmu Allah.

Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (Surah Al-Kahfi:109)

Subhanallah. Maha suci Allah. Rugi kalau kita tidak berfikir tentang setiap ciptaan Allah. Pada saya setiap apa yang ada di muka bumi boleh menambahkan keimanan kita kepada Allah kalau kita berfikir.Nampak kapal yang belayar pun boleh menambahkan keimanan, kerana dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menyebut tentang kapal. Pembuatan kapal juga adalah ilmu Allah. Kalau tidak percaya baca balik sirah Nabi Nuh a.s. Jangan menjadi seperti orang athies yang menganggap setiap ciptaan di bumi ini sebagai semulajadi, lalu jadilah kita orang yang percaya pada Teori Darwin bahawa manusia ini berasal dari beruk. MasyaAllah. Adakah sahabat rela jika nenek moyang kita adalah beruk?

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. (Surah As-Sajadah:7)

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tiin:4)

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan hendak disamakan dengan beruk. Inilah akibat hanya berfikir dengan menggunakan akal semata, atas sebab ingin menolak Kewujudan Tuhan. Sedangkan manusia itu memang ingin dan memerlukan kepada tuhan. Kerana itu adalah fitrah manusia. Manusia dan setiap ciptaan Allah dikurniakan naluri untuk mensucikan sesuatu sebagai tuhan walaupun manusia itu tidak beriman atau dengan kata yang lain kafir. Pasti dia ingin kepada tuhan. Saya rasa perlu cerita dalam entri lain ni. Hebatkan Allah… Subhanallah.

Jadilah Kaum yang berfikir

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raf:179)

Satu ayat yang menikam kalbu. Isi neraka jahanam itu adalah manusia yang diberi akal tapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah.

Semoga kita menjadi kaum yang sentiasa berfikir. Peringatan buat diri saya yang tidak sempurna dan sering lalai dari mengingati Allah. Ambillah masa sejenak dalam kehidupan seharian kita untuk berfikir.

Ya, Allah Jadikanlah hamba-Mu ini makhluk-Mu yang sentiasa berfikir. Amin

51

LilyRizana

10.40am

(nak tidur, letih sangat. Hidup tak supe orang. Jadi burung hantu lagi baik daa!!)





Berkerja @ Berkerjaya

11 06 2009

Alhamdulillah, 06 Jun 2009, genaplah 7 bulan saya berkerja. Saya bertugas di Makmal Poliklinik (Bahagian Perubatan Makmal) Jabatan Patologi, PPUM. Alhamdulillah, rakan-rakan sekerja disini sungguh baik dan sangat supportive. Banyak perkara baru yang saya belajar tentang perkerjaan saya. Tidak sangka terlalu awal saya terjun ke alam perkerjaan. Disaat sahabat seusia saya masih bergelumang dengan exam dan kuliah, saya telah belajar untuk bertanggungjawab dengan pesakit. Saya syukuri walaupun kadangkala saya merintih dalam hati. Pengembaraan saya masih jauh.

Pilihan

Adakah menjadi Juruteknologi Makmal Perubatan @ Medical Laboratory Technologist menjadi pilihan saya? Andai saya diberi peluang untuk memutar masa kembali saya pasti tidak akan memilih untuk berkerja sebagai JMP@MLT. Kira-kira 4 tahun yang lalu (selesai SPM) saya menerima banyak tawaran untuk meneruskan pengajian. Antaranya Matrikulasi, Institut Perguruan, UiTM serta PPUM. Masih ingat lagi saya yang bercelaru ketika itu berbincang dengan seorang guru kaunseling di sekolah. Kata-kata cikgu tersebut amat menikam kalbu saya. Sehingga kini saya masih mengingati kata-kata beliau. Katanya pada saya

“Anggaplah dihadapan kamu ada dua jalan. Jalan yang pantas tapi penuh risiko dan satu lagi jalan yang panjang, jauh, melelahkan tapi agak selamat walaupun kita tak tahu apa yang ada didepan sana. Pilihlah mana yang kamu mahu ikut.”

Akhirnya saya terpaksa membuat pilihan dengan penuh tanda tanya. Berdasar istikharah saya, akhirnya saya telah memilih untuk berada dimana saya berada sekarang. Saya memilih jalan yang jauh itu. Jalan yang melelahkan untuk saya mencapai cita-cita saya bukan sahaja didunia tapi diakhirat. Adakah saya menyesal dengan semua yang saya lalui sekarang ini?

Takdir Allah

“…. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah:216)

Walaupun pada peringkat permulaan saya seperti orang putus harapan dengan pilihan yang saya buat, saya sesekali tidak akan menyesal dengan takdir ini. Saya cuba mencari sesuatu yang positif   tentang kursus diploma yang saya ikuti ketika itu. Hampir mengalah ditengah jalan. Satu tahun setangah saya ibarat terkapai-kapai di tengah laut tunggu masa untuk dibaham jerung. Alhamdulillah akhirnya yang indah itu saya temui. (saya akan cerita dalam entri yang lain)

Sesungguhnya kita hanya manusia yang tidak mempunyai kekuatan dalam percaturan hidup kita. Kita hanya boleh merancang, tapi segalanya atas ketentuan Allah. Benarlah firman Allah boleh jadi sesuatu yang buruk adalah baik buat kita dan belum tentu yang baik bagi kita akan selamanya baik. Bukan atas kemampuan kita menentukan percaturan hidup ini.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan nikmat perkerjaan yang Allah kurniakan pada saya. Sangat ramai graduan di luar sana yang menganggur mengharapkan perkerjaan. Saya seharusnya bersyukur. Walaupun saya seolah-olah hilang peluang untuk menuntut ilmu ke peringkat Sarjana Muda, sekurang-kurangnya Allah telah gantikan dengan ilmu yang paling berharga iaitu PENGALAMAN. Tapi usaha saya untuk terus mancari ilmu tidak akan terhenti hanya di sini. Gagal sekali bukan bermakna tidak boleh mencuba lagi. Mungkin belum tiba masa untuk menjadi rezeki lagi.

Berkerja @ Berkerjaya

Bekas naqibah saya yang amat saya sayangi pernah bertanya begitu pada saya. Berkerja @ Berkerjaya. Nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Saya memilih untuk berkerjaya. Bila saya ingin menjadikan bidang yang saya ceburi ini sebagai kerjaya, saya mesti lakukan yang terbaik dan berusaha tanpa putus asa dengan harapan saya dapat mencapai keredhaan Allah. Kita akan sanggup berkorban apa saja untuk karier kita tapi jangan sampai terabai tugas yang wajib yang tertaklif atas bahu seorang yang mengaku kita cinta pada Allah dan Rasul.  Semoga apa yang akan saya capai satu hari nanti akan memberi manfaat pada orang disekeliling saya, walaupun ketika itu saya adalah seorang isteri dan ibu. Terpenting sekali saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia yang wajib untuk berdakwah kepada manusia yang lain.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran:104)

Semoga saya tidak mengabaikan  kerjaya yang satu ini (dakwah) diulit kerjaya saya sebagai seorang JMP@MLT. Kedua-duanya ingin saya capai dengan jayanya. InsyaAllah.

Amin…

LilyRizana

11/06/2009

10.31malam

Bilik Insyirah, Ibnu Sina, UM.

Akan Datang:

1)Hukum Wanita Berkerja

2)Yang Indah Itu…





Ngapain ngeblog?

10 06 2009

Blog pada zaman ni memang tak asing. Mungkin kalau ada statistik yang mencatatkan jumlah blog (mesti ada), sudah tentu jumlahnya berjuta-juta mungkin saja  sampai truliun jumlahnya. Ngapain aku ngeblog? (dalam bahasa indon) atau dalam versi bahasa melayunya “Mengapa saya menulis blog”…. Erm kenapa ye?

Sebab 1 :Dakwah

Ada yang cakap untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin juga. Tapi saya merasakan, saya menulis blog adalah untuk dakwah. Saya merasakan bahawa internet adalah satu peluang dakwah yang sangat besar. Remaja merupakan pengguna internet yang paling ramai.  Jadi saya tak mahu terlepas peluang ini. Saya mesti ikut perkembangan. Kemungkinan saya boleh bertemu dengan mutarabbi saya yang membaca blog saya. InsyaAllah. Semoga Allah memberi jalan dan peluang bagi saya.

Sebab 2 :Menjadi Penulis

Saya ingin mencabar diri. Dulu masa sekolah saya selalu mendapat markah paling tinggi dalam penulisan. Seingat saya markah paling tinggi saya pernah dapat dalam penulisan 98%, saya buat dua kesalahan iaitu karangan saya tak ada tajuk dan tarikh. Bakat tu mungkin ada, tapi kena garap, kena selalu praktis. Jadi blog adalah jalan yang paling sesuai untuk saya praktis semula (dah lama tinggalkan bab menulis ni, lebih kurang 4 tahun). Semoga penulisan saya semakin baik di masa akan datang. Selain itu saya ingin menjadikan blog ini sebagai lakaran kehidupan saya yang saya boleh kenang bila dah tua nanti. Cucu-cucu boleh baca… hehehe. Selain itu, menulis juga akan lebih menjadikan saya semakin rajin membaca.

Sebab 3 : Kembara hidup.

Antara sebab saya ingin menulis adalah, menghilangkan rasa kecewa dalam diri. Sebulan yang lalu, permohonan saya ingin menyambung pelajaran secara jarak jauh ditolak. Bukan sebab masalah prestasi akademik saya, tetapi saya tidak cukup pengalaman berkerja. Adakah penting pengalaman berkerja? Dalam sejarah pemerintahan islam (Zaman Kekhilafahan) negara tidak akan menutup peluang kepada  sesiapa yang ingin menuntut ilmu, malah setiap yang menuntut ilmu akan diberi elaun, sesiapa yang berjaya menemui sesuatu penemuan baru tidak kira dalam apa bidang perubatan, aerodinamik, fizik, kimia atau apa sahaja akan menerima hadiah yang lumayan dari negara (macam Nobel Prize kot). Gaji guru-guru dibayar sebanyak 15 dinar tanpa ada apa-apa kenaikan harga barang. Jadi tidak mustahil umat islam dizaman kekhilafahan berjaya melahirkan ramai insan-insan yang berjaya seperti Ibnu sina, Al-Khawarizmi, Algebra, Ibnu Rusyd , Ibnu Firnas dan ramai lagi. Adakah pengalaman itu penting? Saya tidak sinis pada persoalan ini. Mungkin ada baiknya kita expert dalam bidang kita, baru senang belajar. Setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Tapi adakah sahabat tahu, Ibnu Sina yang sangat fiqih dalam bidang perubatan tidak pernah melakukan post mortem untuk mendapatkan gambaran tentang anatomi manusia? Sarjana islam dahulu kala belajar dari pengalaman, bukan ada pengalaman dulu baru belajar. Bagaimana saya tidak kecewa. Inilah bahana sistem hidup kapitalis. Nak belajar pun susah.  Tapi yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup saya. Kadang-kadang kita rasa sesuatu perkara itu buruk bagi kita, akan datang siapa tahu hikmahnya pasti muncul. Hidup ini satu pengembaraan yang panjang. Ini permulaan untuk saya lebih mematangkan diri. Paling penting saya harus terus memandang kehadapan dan jangan berhenti berusaha dan mengharap pada Allah. Semoga Allah permudahkan.

Begin with end in mind

Jadi saya mengharapkan blog saya menjadi peneman pengembaraan saya. Saya menulis dengan harapan ada sesuatu yang baik akan saya peroleh diakhirnya samada di dunia dan di akhirat, untuk diri saya dan sahabat yang mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Kembara ini masih panjang. Maaf andai corak penulisan saya lebih kepada kehidupan peribadi saya. Saya akan cuba me’minimize’kan sedaya upaya saya supaya sahabat tidak bosan.

Semoga bertemu lagi di entri yang akan datang.

LilyRizana

Makmal Poliklinik PPUM,

6.05pm

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

/