Welcoming New Life

8 01 2010

Welcoming new life. Ayat penyata seperti orang baru jadi pengantin pulak. Sebenarnya saya baru selesai mendafatar sebagai pelajar separuh masa di OUM. Alhamdulillah, selesai segalanya. Pagi tadi sebelum keluar dari rumah jantung saya berdegup kencang dan saya rasa sangat berdebar-debar. Saya seperti takut apa-apa berlaku ke atas diri saya. Saya bertawakal kepada Allah supaya tiada apa yang buruk berlaku. Syukur sepanjang perjalanan pergi dan balik saya dilindungiNya. Tahun 2010 ini, saya telah mulakan dengan kehidupan baru yang pastinya lebih mencabar dan adventurous (dalam bahasa jawanya). Saya sebagai pekerja dan sebagai pelajar. Saya yakinkan diri, bahawa saya mesti berjaya kedua-duanya. Jika orang lain yang telah mempunyai keluarga boleh bekerja dan belajar dalam masa yang sama, pastinya saya yang masih single ini mesti boleh 2 kali ganda. Sebab saya masih tiada komitmen dengan keluarga. (syukur Allah masih tidak takdirkan saya berumahtangga lagi). Pagi tadi saya baru tersedar keupayaan diri. Pasti ada sebab Allah hanya rezekikan saya belajar di OUM tidak di UITM atau USM.

Saya antara yang terawal tiba pagi tadi. Saya orang yang ke-9.Cepat datang jadi cepat balik. Saya ingatkan sampai lewat petang, tapi sebelum 12.00pm saya dah sampai rumah. Segalanya berjalan dengan lancar. Kebanyakan yang datang belajar kat sini semuanya lebih dari 25 tahun. Saya mungkin di antara beberapa orang yang termuda, baru berusia 22 tahun. So sweet. InsyaAllah saya akan habis belajar 4 tahun dari sekarang iaitu bulan disember 2013, ketika itu saya baru mencecah 26 tahun. Kira ok la……

Tadi saya dan pelajar baru yang lain diberi taklimat. Mostly tentang gambaran study di OUM. Bagi saya sistem belajar di sini lebih fleksibel. Tutorial hanya 5 kali sepanjang sem ini secara purata 2 minggu sekali. Kami sabagai pelajar perlu banyak berinteraksi secara online di portal untuk pelajar myLMS dan perlu pandai untuk managed study mengikut modul yang telah disediakan. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan penerangan tadi. Dalam ucapan dari Naib Presiden OUM, beliau mengatakan bahawa belajar di OUM adalah salah satu bentuk pelaburan untuk masa hadapan. Ada benarnya, tetapi bagi saya, saya menuntut ilmu ini kerana ingin mencapai keredhaanNya, kerana menuntut ilmu adalah fardhu Ain ke atas setiap muslim. Jika saya diberi kenaikan pangkat selepas memperoleh ijazah nanti, saya bersyukur. Saya belajar bukan sekadar untuk mendapatkan skrol semata-mata, tetapi saya berharap bertambah keimanan saya kepada Allah apabila saya dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya tidak ingin ilmu yang saya perolehi ini untuk sekadar menongkat dunia. Biarlah pelaburan ini hingga ke akhirat.

Registration Kit

Selepas ini saya perlu merancang kehidupan saya sebaiknya dan mengguna masa terluang untuk study. Saya perlu mnperuntukkan 360 jam masa belajar untuk 9 jam kredit bagi 3 subjek. Semoga dipermudahkan.

Masa tunggu untuk daftar tadi sempat juga berkenalan dengan beberapa orang pelajar lain. The first person yang tegur saya Hari, seorang indian girl yang sedang buat Master dan Pn.Jasmine seorang sale manager yang menjual barang hospital. Dia juga undergraduate seperti saya, tapi Pn.Jasmine ambil Physcology. Saya juga berkenalan dengan Kak Zuraidah. Dia seorang staff nurse di Princecourt Medical Centre, sambung Nursing la, apalagi. Tak lupa juga kak Nurul yang tinggal kat Banting, berkerja sebagai pembantu makmal sekolah di Banting. Kak Nurul nie buat Human resource. Harap dapat jumpa kak Nurul lagi, sebab kami satu learning centre di Shah Alam. Paling tak sangka, kawan sekelas saya masa diploma dulu pun sambung part time macam saya. course yang sama pulak tu. Beliau adalah Farikha Sarip. Ada juga kawan yang meneman. Semoga segala urusan dipermudahkan.

p/s: Final Exam will be held on 5-28 april. Saya kena bersedia.





written by:NURULHUDA.

27 10 2009

hey hey!

my name is NurulHuda,

who I am?

I am Lily Rizana’s sister.

her youngest sister..

urm..today i would like to write about us.

my sister & I..

I think..we’re the best sisters in the world..I think so.

this is because…no reasons. HAHA.

acctually, we’re not so closed when we’re in childhood, yer la..kecik lagi time tuh, aku pun masa tu in boyish stail while my sis, she is so nice with girly manner..tapi, bila aku dah 15, dan dia 22..kami jadi saling memerlukan.. I need her, and so she is.

we share everything, about family, about love, school, work, and everything lar! in fact, we share problem…not much, but still.

okay guys!

that’s all for now.

p/s:: my sis, she’s too busy,and thats why I yang kirim this post.

p/s lagi:: i don’t know, she’s too busy, ni belum lagi belajar, tahun depan mesti lagi bersawang blog ni…erm…:D

 





Berhabuk…

4 10 2009

Assalamualaikum dunia….

Wah, cepat sungguh masa berlalu…puasa Ramadhan dah lepas, Eid’ul Fitri pun dah lepas. Sangat lama lily tak kirim sebarang post dalam blog yang kian berhabuk.  Hari raya ke-4 lily dah balik KL, kembali bertugas.

Lily rasa kena bermujahadah untuk menulis, supaya otak tidak beku dan kaku…. insyaAllah nantikan. =)





Bakal Mahasis-buk

20 08 2009

Alhamdulillah. Itu sahaja kata-kata yang dapat dilontarkan bila tahu keputusannya semalam. Lily dapat tawaran sambung belajar. Actually saya tak terfikir akan dapat. Febuari lalu saya ada menghantar permohonan melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di UITM dan Open University. Saya amat mengharapkan agar dapat sambung di UiTM sebab dekat dan kos yang murah. Tapi malangnya permohonan saya tidak berjaya sebab kurang pengalaman berkerja (syarat universiti sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman). Paling kecewa bila review balik syarat kemasukan tak mention pun tentang pengalaman, jadi sebab itu mintak. Bila tahu tak dapat tu sangat sedih, sebab letak harapan tinggi untuk sambung secepat mungkin. Bila check status kemasukan untuk Open U, mesti kata permohonan saya sedang diproses. Ermmmm…. selepas tu jadi malas nak harap apa-apa dan saya teruskan kehidupan seperti biasa. Sedih jugak waktu tu, larikan diri dari rumah sewa… hehehe…ikut perasaan la lily nie…tapi cepat-cepat remind kat diri sendiri supaya bersangka baik dengan Allah. tak semua yang kita nak akan dapat, pasti ada hikmahnya.

Open University Malaysia

Semalam (20 Ogos 2009) saya teringat untuk check status permohonan, alhamdulillah permohonan berjaya. Sebenarnya saya dah hantar application baru (course Bachelor of Psycology) sebab terasa macam permohonan bulan februari lepas tak dapat. Tapi bila dah dapat saya lupakan hasrat nak sambung dalam degree psikologi. Open U pun Open U la. Sebenarnya bagus jugak belajar kat sini. OUM dah dapat MQA dan akreditasi dari LAN serta silibus dan soalan peperikasaan yang di guna pakai menggabungkan silibus dan soalan dari 13 IPTA. Waktu belajar lebih fleksibel sebab ikut kesesuaian bagi orang yang berkerja macam saya. Cuma yuran agak mahal. Setahun saya kena sediakan lebih kurang RM 5000. Saya ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran dengan Kepujian (Bachelor of Occupational Safety and Enviromental Health Management with Honours). Tempoh 4 tahun insyaAllah kalau tiada apa-apa masalah. Kahwin? Nanti kot….. hehehe…Bukan apa, kalau dah sampai jodoh kahwinlah saya, study bukan penghalang, apa yang penting kerjasama…. bukan la… apa yang penting boleh balance antara kerjaya, rumahtangga dan pelajaran. InsyaAllah…

Mahasis-buk

Lily bakal mahasis-buk. Mungkin tapi itulah pengorbanan untuk ilmu. Doakan application untuk mendapatkan cuti tanpa rekod diluluskan PPUM. Tak sabar rasanya nak masuk kuliah semula. Saya dapat tawaran untuk kemasukan September akan datang, tapi saya mohon penangguhan ke Januari 2010, sebab nak manage jadual dan uruskan banyak perkara sebab tawaran ni datang tanpa saya duga. Tak prepared langsung takut kelam kabut nanti. Saya mesti kuat untuk taklifan ini. Kena banyak sabar, banyak doa, banyak dekatkan diri dengan Allah, banyak berkorban.  Mudah-mudahan jalan yang saya tempuh ini akan mendatangkan kebaikan untuk diri saya, keluarga, sahabat, agama dan Ummah satu hari nanti. Ameen.

Salam Ramadhan buat semua…. Selamat menempuhi Madrasah Ramadhan, semoga Ramdhan kali ini akan mentarbiyyahkan hati-hati kita semua….

salam cinta dan kasih sayang sesama musleem.

LilyRizana

Jumaat (30 Syaaban)





Bangkitlah Wahai Jiwa Yang Tidur…

13 07 2009

Bunyi bagai mahu diruntuhkan tujuh petala langit,

Dan dimusnahkantujuh petala bumi,

bom sana, bom sini….saudaraku tak kesempatan lari,

apatah lagi si kecil bingung melihat ayah dan ibu terkujur mati,

“ibu, bangun ibu….ayah , kenapa ayah?”

Lalu mengalir air mata ini…

Al-Quds merintih hiba,

Kekejaman tangan-tangan kuffar bangsat laknatullah!!!!!

perasan tuhan, mencabut nyawa yang tak berdosa,

Bertambah pilu hati…

Tiada siapa yang sanggup menjadi saksi kekejaman ini,

yang mampu dilakukan dengan mengatakan OIC…

 

Wahai jiwa yang tidur bangkitlah…bangun!

Sedarlah dari lamunan dan igauan disiang hari

Akibat kekenyangan nafsu diri,

dan maksiat yang melingkari,

Apakah mata hatimu telah tertutup?

atau pekak menjadi tuli,

Umat islam diganasi…

Siang dan Malam tak henti-henti

 

Wahai jiwa yang tidur bangkitlah..bangun!

Kukuhkan saf persaudaraan kita,

kukuhkan aqidah kita ,

seperti Jabal Rahmah yang sentiasa memancarkan

Nurilahi…. agar tertegaknya kalimah

LAILLAHAILLALLAH…..

Yang akan menyatukan hati kita, yang akan menyatukan hati kita…

Yang akan menyatukan hati kita………….

Sajak ini Lily tulis dan seyembarakan pada Julai 2006…

(membaca kembali untuk ingatkan diri lily bahawa lily sedang diuji Allah dengan kesenangan. Huh… semoga Lily tidak goyah. Masih ada tanggungjawab besar yang perlu lily laksanakan semaksimum mungkin sebelum melangkah ke alam baru. Kekangan masa ketika itu pasti menjadi musuh…. Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini.)





Takaful oh, Insurans!

11 06 2009

Baru sebentar tadi seorang rakan satu kumpulan diploma dengan saya bertemu. Puas dia memujuk saya untuk bertemu  sebelum ini. Tapi akhirnya dia nekad untuk menelefon saya di makmal. Jadi saya tidak boleh mengelak. Saya mengatur pertemuan di tempat kerja saya . Oh, rupanya  ingin jual insurans kepada saya. Perbincangan antara kami diadakan di luar makmal,  di satu sudut ada sebuah meja dan dua kerusi. (maaf sungguh detail). Puas la rakan saya itu memujuk untuk mengambil polisi insurans yang ditawarkan. Akhirnya tidak berjaya. Saya tidak memberi sebarang keputusan.  Saya berpegang pada hukum. Yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata, antara keduanya ada yang syubhat. Saya tak nak menyatakan apa-apa hukum yang saya pegang terhadap hukum mengambil insurans pada entri kali ini kerana saya masih tidak dapat sediakan nash-nash yang kuat untuk saya sertakan pada entri kali ini. Saya pernah melakukan pengkajian terhadap hukum insurans, tapi saya terlupa apakah dalil yang menyokong hujah saya itu. (fitrah manusia yang sentiasa terlupa). InsayaAllah saya akan tulis dalam entri yang lain

Sepanjang perbincangan saya hanya diam dan tidak menyatakan sebarang pendirian saya terhadap insurans. Saya lebih hanya mendengar dari memberi sebarang provokasi terhadap rakan saya itu dan akhirnya akan merosakkan hubungan persahabatan dengannya. Untuk menerima sesuatu hukum itu bukan perkara mudah andai aqidah tidak diluruskan terlebih dahulu. Akhirnya pertelagahan sahaja yang diterima. Tapi bukan bermakna saya menghentikan usaha untuk memahamkan sahabat saya itu.  Sebaliknya saya ada uslub lain yang telah saya rancangkan.

Saya terbaca blog sahabat saya, menjadi ghuraba bukan mudah. Semoga saya kuat dengan mujahadah ini. Dunia sebagai seorang pekerja lebih mencabar diri berbanding dunia belajar, kerana kita akan bertemu ramai orang yang pastinya berbeza dengan diri kita. Seek first to understand then to be understood….

Semoga saya tidak kalah dengan cabaran ini.

“Islam itu datang dalam keadaan asing dan pergi dalam keadaan asing, berbahagialah orang yang terasing” (al-hadith)

LilyRizana

5.45pm

(Hari ini on-call)